BABY

This is my late little sister..Nur Faqihah Humaira...


 ....was born in  HOSP Permaisuri Nur Zahirah at 12 Mei 2004..This is true sad story,,cakap melayu la senang....baby menghidapi penyakit jantung berlubang...dan sering berulang alik ke hosp bagi mendapatkan rawatan...


Masih diingat saat kematiannya.Baby dimasukkan ke HOSP Permaisuri Nur Zahirah sebelah petang sebaik sahaja pulang daripada kg. Kemudian,tidak lama duduk di wad biasa,ditukarkan ke wad ICU.Pada masa itu,aq berumur 8 tahun.Hanya Abah,Umi dan Along yang dibenarkan masuk ke dalam wad tersebut manakala yang lain menunggu dengan penuh kesabaran di luar.


Umi dari awal hingga ke saat-saat terakhir baby menghembuskan nafas terakhirnya,umi tidak pernah keluar dari wad tersebut..maklumlah seorang ibu manakan sanggup meninggalkan anaknya yang sakit.Pada ketika itu perut masing2 berasa amat lapar,namun apakan daya,terpaksalah menahan lapar demi menunggu seorang adik.Along ada mengajak Abah untuk ke KFC yang hanya terletak kira-kira 25 langkah dri HOSP tersebut...macam tipu je..setelah berjam-jam kami menunggu diluar, hatta, Abah keluarlah....



"baby sudah tiada". kata Abah


.....innalillahiwainalillahhirajiun...Sebelumnya,Along ada mengatakan bahawa dia melihat mata baby berpusing,itu menunjukkan seseorang itu mati.Dan benarlah kata2 Along itu.Saat itu tidak aq tidak tahu lagi.Along tiba2 menangis tidak henti2,aq ingatkan Along menangis sebab tidak dapat pergi makan KFC tetapi sebaliknya.


Along menangis dan memeluk Abah serta meraung di atas lantai.Amat sayu sekali dan seluruh keluargaku terutamanya umi..yang paling sedih ketika itu kerana umilah yang mengandungkan dan melahirkannya.a


Seluruh ahli keluargaku merasai pemergiannya termasuk aq walaupun ketika itu umurku berusia 8 tahun,yang sedikit tidak mengerti keadaan sebenar.Setelah itu,doktor memanggil seluruh ahli keluargaku masuk ke dalam wad ICU tersebut untuk menatap wajahnya.Umi tidak henti-henti menangis manakala yg lain agak tenang sedikit.


Telefonlah Abah kepada sedara mara untuk memberitahu akan hal itu.Umi dan Abah memutuskan untuk kebumikan di kg Umi iaitu KG LEPAN KEJOR.


Maka,pulanglah kami kesana dengan hati yang sayu...Jam 3 pagi (lebih tak kurang)..tibalah kami d kg...


Sekarang urusan untuk memandikan dan mengkafankan jenazah.Saudara mara serta yang lain memenuhi perkarangan rumah 'mok'.Then,sebelum jenazah ditutup,aq dan ahli keluarga yang lain sempat mengucup dahi serta kedua 2 belah pipi baby.Baby dikebumikan di sekitar kg darau..Peristiwa ini tidak akan pernah luput dari ingatanku...Itulah sejarah hidup baby... sentiasa dalam kenangan kami by...25 Disember 2004 it was the sad day ever lah...